Blogger Widgets Beetroot dan 76kg.. | TINTA SEORANG WANITA

Friday, May 28, 2010

Beetroot dan 76kg..

Hari ini aku menimbang berat badan, dan alhamdulillah ada berkurangan...selepas hampir 10 hari aku dengan herbalife, berat ku kini 76kg, alhamdulillah 2kg berkurangan. Aku rasa yang berkurang adalah air dan dalam seminggu ini aku memang berulang alik ke bilik air, samada untuk membuang yang 'kecil' atau yang 'besar'..dan aku dapati perutku selalu berbunyi-bunyi, macam banyak angin. Keputusanku untuk membuat kerja dirumah hari ini memang tepat, kerana terlalu banyak angin yang keluar, kalau aku di office, bagaimanalah keadaannya..hehhee..

Ini penimbang yang ku beli di ASDA, nekad je walaupun aku tak pasti ketepatan penimbang ini, tapi bolehlah sebagai panduan. Ukurlilit pinggangku juga berkurangan, patutpun seluar jean Lois yang kubeli di Hopoh kini dah semakin lapang. Biasanya aku tak perlu pakai talipinggang bila memakai jean Lois ni, sekarang terpaksalah pulak..oh ye..pinggang ku berkurangan dari 37" kepada 36"..alhamdulillah..



Ohh ye..ini beetroot yang diperkenalkan oleh Sister A padaku, rasanya macam kentang, berwarna purple. Buah-buahan yang berwarna purple ni memang bagus untuk kesihatan, cuba google kebaikan Beetroot ni, antaranya .."Health benefits of beetroot include cholesterol lowering, liver function support and possible cancer prevention. Studies have demonstrated that red beet products used regularly in the diet may provide protection against certain oxidative stress-related disorders in humans." Sejurus balik dari Uni, akupun singgah di Aldi dan membeli dua pack Beetroot ini, ye betul kata Sis A, yg di atas plastik Beetroot ini ada ditulis ianya akan membantu anda untuk (5a Day), baru aku tahu yang kita digalakkan makan 5 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran sehari..cubalah..



Ini dia rupa Beetroot yang telah sedia dipotong, dengan rasanya yang ENAK dan khasiatnya yang sunggguh bagus untuk kesihatan, aku tidak ragu-ragu untuk mengambil Beetroot dalam plan dietku..ini dia dua potong Beetroot sedia untuk di makan hari ini...katakan YA pada Beetroot...

No comments:

Post a Comment